Muslimin Sejati Muslimat Pekerti

Custom Search

KFC ohhh KFC... Kafir Fan-Club

Cerita yg tiada kesudahan...yg pastinya umat Islam kita suka sesgt KFC
nih.......fikir2 kan lah.........

Biasa larr walaupun dah timbul byk syak tp oleh kerana SEDAP nak masuk
ke dlm perut....sanggup
melupakan sama ada halal atau haram....




Teruskan boikot KFC saudara2ku,

Keluar dalam berita TV1 tadi President JCorp TS Hashim Ali berkata KFC
Malaysia hanya menyumbang 6% drpd pendapatannya (kasar atau bersih?)
kepada Yummy! Brands, Amerika Sykt. Katanya sikit saja tak banyak.
Kalau pendapatan kasar KFC Msia RM800 juta setahun bermakna
sumbangannya RM800juta X 6%=RM48 juta setahun. RM48 juta setahun untuk
Israel tu sikit ker..... ?...Cukup untuk beli sebuah tank merkava dan
peluru howitzer yg digunakan untuk tembak rumah2 rakyat Palestine di
Gaza.
Artikel ini kiriman email dari kawan saya:-


"Subject: KFC - Haram dimakan... wallahualam. ...

Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal
atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging
babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu
makanan itu dibuat.

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz
Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC.. Begini ceritanya:

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng
KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum
untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA. Maka Boss Ustaz Daud
menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan
laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut
syarak.

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00
pagi.. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan
dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan
menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja
yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel muda-muda
terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu
persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit.. Ayam
dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC
tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana:

a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang
menunaikan solat subuh

b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus
dijatuhkan dalam air panas/letrik

c. Ayam tersebut berada dalam
keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang
terbalik) kepak terikat.

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana
ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung.. Kita
cuma perlu berhenti memakan KFC. Saya sejak dengar tempoh hari tidak
makan KFC Insyallah dan wallahualam.

Assalamualaikum wbk..

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently
seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut
management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah
dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi
penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya
untuk training session dia.. Sepanjang waktu latihan, beliau diberi
subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa
bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia
tengok sesuatu
yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua
daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam? Hmmm....macamana
tu?.. Bukannya keadaan tengah darurat pun...

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua
yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang
yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu memberitahu
bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan
sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik
itu sendiri. Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang
penyembelihan. . Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih?
Halal? Sekali lagi, hmmm....macamana tu?

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah
mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus
menamatkan perkhidmatannya dengan KFC..
Maka pulanglah hamba Allah kita
dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya
makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di
KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah. Kalau betul,
maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh
dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja
sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak
sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat
seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih
banyak ) dia hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg
disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.


Wassalam.."

Read More......

11 pesanan Luqmanul Hakim untuk kita

Pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya ini ada dinukilkan oleh Allah di dalam surah yang ke- 31 bernama 'Surah Luqman'. Surah ini memberi pesanan berguna kepada kita dalam mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Suatu ketika, Luqmanul Hakim telah berpesan kepada anak-anaknya. Kata sahabat Nabi yang alim dan bijak berfalsafah itu.......


1. Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai yang telah karam di dalamnya. Jika engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah.

2. Wahai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat serta taat kepada Allah, maka dia itu orang yang tawaduk, lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat.

3. Wahai anakku, seandainya ibu bapa kamu marah kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marah mereka itu adalah bagaikan baja untuk tanam-tanaman.

4. Wahai anakku, ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah daripada mengajar orang yang tidak mahu diajar.

5. Wahai anakku, apabila engkau mempunyai 2 pilihan, menziarahi orang mati atau hadir ke majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati kerana ia akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat sedangkan hadir ke majlis perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi

6. Wahai anakku, janganlah kamu menelan sahaja kerana manisnya sesuatu makanan dan janganlah memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu makanan itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

7. Wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak mengamalkannya, kerana ia tidak ubah seperti orang yang mencari kayu bakar, tetapi setelah banyak, dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih mahu menambahnya.

8. Wahai anakku, bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkanmu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Jika tidak sedemikian, maka berhati-hatilah.

9. Wahai anakku, bila engkau berteman tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

10. Wahai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata-kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya, bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

11. Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya, jangan engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka

Read More......

Apakah wajar Harakah dan Suara Keadilan digantung permit selama 3 bulan?

Media merupakan suatu alat yang digunakan oleh mana-mana pihak dalam rangka untuk menyebarkan maklumat atau mempromosi sesuatu produk yang ingin diperkenalkan.

Dalam konteks Politik atau Siasah, media adalah suatu platform untuk menyebarkan propaganda yang dibawa oleh sesebuah parti politik. Tidak mungkin semua boleh berpuas hati dengan agenda-agenda yang direncana dalam media eg. akhbar yang dimiliki oleh sesebuah parti politik. Parti A mungkin tidak berpuas hati dengan akhbar milik Parti B dan begitu juga sebaliknya.


Dalam konteks demokrasi di negara ini, sepatutnya kebebasan media perlu diberi kepada parti-parti politik. Bukan untuk menyebelahi mana-mana parti politik, tetapi media-media elektronik dan cetak telah digunapakai secara meluas oleh kerajaan demi menjaga kepentingan politik mereka. Sebut sahaja Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan banyak lagi yang dikuasai oleh kerajaan dan tatkala ini, berita-berita yang dibawa memang menjurus kepada kepentingan mereka sendiri. Sebagai mengambil contoh, tiada satu pun media yang disebut diatas menerangkan tentang kemajuan dan perubahan yang di bawa oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat selepas PRU 12 pada 8 Mac 08. Justeru, PR terpaksa berhempas pulas menyediakan media alternative dengan lidahnya iaitu Harakah, Suara Keadilan (sekadara menyebut beberapa sahaja) untuk memberi maklumat kepada rakyat.

Adalah suatu persepsi yang jumud jika dikatakan Harakah dan Suara Keadilan mengada-adakan cerita, menyebarkan fitnah yang boleh membahayakan negara lalu ditahan permit untuk pengedaran akhbar tersebut. Ia juga boleh diertikan sebagai salahguna kuasa yang ada pada kerajaan. Ini berpunca oleh ketidakpuashatian sesetengah piihak terhadap parti politik yang lain. Jika begitu, pasti sahaja semua media di Malaysia diharamkan seperti Utusan, Berita Harian, TV3 dan lain-lain kerana tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Kita rakyat Malaysia perlu berfikiran terbuka dan menanggap persaingan politik adalah suatu benda yang sihat ke arah kemajuan negara dan tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menjahanamkan parti politik yang lain lebih-lebih lagi dalam suasana PRK di 3 buah tempat.

Namun, fenomena pergantungan akhbar alternatif ini sudah lama berlaku dan tidak menjejaskan rakyat yang terbuka mindanya untuk mencari maklumat yang betul, tepat dan benar. Langkah pergantungan akhbar ini bukan sahaja memburukkan lagi imej kerajaan di mata rakyat malah ia satu perbuatan sia-sia kerana banyak lagi sumber alternatif lain yang boleh didapati. Seperti cuba menghalang air daripada mengalir, walau sebanyak mana halangan yang diletak, air itu tetap mencari jalan untuk mengalir

Read More......

11 jenis manusia didoa malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah salah satu rukun iman. Malaikat adalah makhluk Allah yang sangat taat kepada perintah Allah dan melaksanakan semua perintah tanpa banyak soal. Untuk pengetahuan semua ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan daripda makhluk Allah mulia yang bernama malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga doa para malaikat yang tidak putus-putus memohon rahmat daripada Allah ke atas manusia yang didoakannya.


Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Usahlah ragu-ragu dan bimbang malaikat tidak akan mendoakan kita kerana malaikat tidak pernah derhaka kepada Allah. Apa yang perlu kita bimbang adalah kita tidak berusaha untuk mendapat doa malaikat

Oringinal source from:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090320100227/Article/indexv_html

Read More......

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Kalau tengok tajuk semua orang akan cakap benda ni dah lame, budak-budak, xde benda lain nk bincangkan atau ape-ape saja tapi ramai tidak sedar atau buat-buat tidak sedar tentang kepentingan solat. Ada yang menangguhkan solat, solat x cukup lima, solat time sihat saje ataupun x solat trus. Kalau ada yg masih melakukan sedemikian sila tekan link "Read More" untuk artikel balasan org meninggalkan solat yg dipetik drpda http://teladan98.tripod.com/teladan61.htm


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Ni contoh iklan yg baik, tngh maen game pn ingat kat tuhan


Read More......