Custom Search

Apakah wajar Harakah dan Suara Keadilan digantung permit selama 3 bulan?

Media merupakan suatu alat yang digunakan oleh mana-mana pihak dalam rangka untuk menyebarkan maklumat atau mempromosi sesuatu produk yang ingin diperkenalkan.

Dalam konteks Politik atau Siasah, media adalah suatu platform untuk menyebarkan propaganda yang dibawa oleh sesebuah parti politik. Tidak mungkin semua boleh berpuas hati dengan agenda-agenda yang direncana dalam media eg. akhbar yang dimiliki oleh sesebuah parti politik. Parti A mungkin tidak berpuas hati dengan akhbar milik Parti B dan begitu juga sebaliknya.


Dalam konteks demokrasi di negara ini, sepatutnya kebebasan media perlu diberi kepada parti-parti politik. Bukan untuk menyebelahi mana-mana parti politik, tetapi media-media elektronik dan cetak telah digunapakai secara meluas oleh kerajaan demi menjaga kepentingan politik mereka. Sebut sahaja Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan banyak lagi yang dikuasai oleh kerajaan dan tatkala ini, berita-berita yang dibawa memang menjurus kepada kepentingan mereka sendiri. Sebagai mengambil contoh, tiada satu pun media yang disebut diatas menerangkan tentang kemajuan dan perubahan yang di bawa oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat selepas PRU 12 pada 8 Mac 08. Justeru, PR terpaksa berhempas pulas menyediakan media alternative dengan lidahnya iaitu Harakah, Suara Keadilan (sekadara menyebut beberapa sahaja) untuk memberi maklumat kepada rakyat.

Adalah suatu persepsi yang jumud jika dikatakan Harakah dan Suara Keadilan mengada-adakan cerita, menyebarkan fitnah yang boleh membahayakan negara lalu ditahan permit untuk pengedaran akhbar tersebut. Ia juga boleh diertikan sebagai salahguna kuasa yang ada pada kerajaan. Ini berpunca oleh ketidakpuashatian sesetengah piihak terhadap parti politik yang lain. Jika begitu, pasti sahaja semua media di Malaysia diharamkan seperti Utusan, Berita Harian, TV3 dan lain-lain kerana tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Kita rakyat Malaysia perlu berfikiran terbuka dan menanggap persaingan politik adalah suatu benda yang sihat ke arah kemajuan negara dan tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menjahanamkan parti politik yang lain lebih-lebih lagi dalam suasana PRK di 3 buah tempat.

Namun, fenomena pergantungan akhbar alternatif ini sudah lama berlaku dan tidak menjejaskan rakyat yang terbuka mindanya untuk mencari maklumat yang betul, tepat dan benar. Langkah pergantungan akhbar ini bukan sahaja memburukkan lagi imej kerajaan di mata rakyat malah ia satu perbuatan sia-sia kerana banyak lagi sumber alternatif lain yang boleh didapati. Seperti cuba menghalang air daripada mengalir, walau sebanyak mana halangan yang diletak, air itu tetap mencari jalan untuk mengalir