Custom Search

KFC ohhh KFC... Kafir Fan-Club

Cerita yg tiada kesudahan...yg pastinya umat Islam kita suka sesgt KFC
nih.......fikir2 kan lah.........

Biasa larr walaupun dah timbul byk syak tp oleh kerana SEDAP nak masuk
ke dlm perut....sanggup
melupakan sama ada halal atau haram....




Teruskan boikot KFC saudara2ku,

Keluar dalam berita TV1 tadi President JCorp TS Hashim Ali berkata KFC
Malaysia hanya menyumbang 6% drpd pendapatannya (kasar atau bersih?)
kepada Yummy! Brands, Amerika Sykt. Katanya sikit saja tak banyak.
Kalau pendapatan kasar KFC Msia RM800 juta setahun bermakna
sumbangannya RM800juta X 6%=RM48 juta setahun. RM48 juta setahun untuk
Israel tu sikit ker..... ?...Cukup untuk beli sebuah tank merkava dan
peluru howitzer yg digunakan untuk tembak rumah2 rakyat Palestine di
Gaza.
Artikel ini kiriman email dari kawan saya:-


"Subject: KFC - Haram dimakan... wallahualam. ...

Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal
atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging
babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu
makanan itu dibuat.

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz
Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC.. Begini ceritanya:

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng
KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum
untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA. Maka Boss Ustaz Daud
menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan
laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut
syarak.

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00
pagi.. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan
dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan
menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja
yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel muda-muda
terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu
persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit.. Ayam
dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC
tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana:

a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang
menunaikan solat subuh

b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus
dijatuhkan dalam air panas/letrik

c. Ayam tersebut berada dalam
keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang
terbalik) kepak terikat.

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana
ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung.. Kita
cuma perlu berhenti memakan KFC. Saya sejak dengar tempoh hari tidak
makan KFC Insyallah dan wallahualam.

Assalamualaikum wbk..

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently
seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut
management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah
dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi
penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya
untuk training session dia.. Sepanjang waktu latihan, beliau diberi
subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa
bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia
tengok sesuatu
yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua
daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam? Hmmm....macamana
tu?.. Bukannya keadaan tengah darurat pun...

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua
yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang
yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu memberitahu
bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan
sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik
itu sendiri. Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang
penyembelihan. . Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih?
Halal? Sekali lagi, hmmm....macamana tu?

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah
mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus
menamatkan perkhidmatannya dengan KFC..
Maka pulanglah hamba Allah kita
dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya
makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di
KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah. Kalau betul,
maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh
dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja
sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak
sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat
seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih
banyak ) dia hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg
disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.


Wassalam.."

1 comments:

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

jazakallah atas penulisan ini, semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Izinkan saya memberi komen tentang beberapa perkara:

1) Royalti, Johor Corp dan Ekonomi

Memang benar Johor Corp membayar royalti sebanyak 6% kepada Amerika Syarikat. Ini diterangkan sendiri oleh Tan Sri Ali Hashim. beliau juga berkata dalam satu temu ramah bahawa beliau berhasrat untuk membeli KFC daripada piha Amerika. ini sesuatu yang tidak mustahil, memang ada syarikat Amerika yang dibeli oleh Jepun dan Korea.

Jika kita fikirkan, usaha johor Corp ini patut diberikan pujian. Baik ada syarikat konglomerat muslim yang sanggup mengambil alih KFC. Kita tahu KFC memang menjadi satu makanan kebanyakan rakyat Malaysia, muslim terutamanya. banyak juga peluang pekerjaan yang dibuka. Pada saya, ada beza sedikit untuk kita boikot KFC, berbanding Starbuck, Levis, Coke dll, kerana KFC peranannya, pengaruhnya sudah meluas di Malaysia. Usaha Johor Corp untuk mengambil alih KFC menjadi milik muslim sepatutnya dijadikan hujah untuk kita memikirkan sama ada kita wajar boikot KFC atau tidak. Lebih baik boikot atau manipulasi ?

Johor Corp ialah sebuah syarikat Konglomerat Muslim yang sangat wajar dicontohi, tahukan kalian bahawa Johor Corp adalah syarikat yang diwakafkan, ianya adalah satu 'amal jariah yang diteruskan oleh pemilik selepas ini. Cukup banyak membantu umat Islam.

2)Sembelihan dan Sikap Berwaspada
Izinkan saya membetulkan sedikit fakta, tidak mengapa jika orang perempuan menyembelih haiwan. Tidak ada syarat yang mengatakan hanya lelaki boleh menyembelih. Bahkan tidak dinyatakan sama ada akil baligh salah satu syarat sah sembelihan. Syaratnya, disebutkan nama Allah SWT, putus urat marih, halqum dan dua urat leher, sembelihan ahli kitab diterima.

Tentang ayam yang terseksa itu perlu dilaporkan sekiranya benar ia berlaku. Memang tidak dibenarkan haiwan diseksa, melainkan menggunakan teknik water stunning yang telah diharuskan oleh Fatwa Majlis Kebangsaan.

secara peribadi, status halal kepada sesebuah syarikat tidak wajar diragui. Ini kerana bukanlah mudah untuk penasihat syariah memberikan status halal. Sebagai pengguna, kita tidak perlu ragui perkara yang disahkan halal, takut kita termasuk orang menyusahkan diri dan bertanya perkara yang pasti. Namun jika kita ambil pendekatan yang lebih warak untuk meninggalkannnya terus, itu wajar dipuiji, laporkan perkara ini adalah satu kewajipan.

Namun, bagi orang awam kebiasaan biarlah kita bergantung pada status halal itu. Bukann saja penyembelih yang harus jaga waktu solat, malah penjual, pembungkus, tukang masak dan staf lain. dan bukan hanya KFC malah kedai makanan lain, kedai minyak, bank, dan semua insitusi.

Sukar benar untuk kita cari yang halal lagi baik sekarang, sama-sama kita usahakan.

Sekadar pandangan, Semoga bermanfaat.

Post a Comment