Custom Search

MAHASISWA UTP PERLU BANGKIT

Comfort Zone adalah satu istilah yang seringkali diguna pakai dikalangan sesetengah pihak yang menyatakan mahasiswa lemah, mundur dan tidak berdaya saing. Apakah benar situasi ini berlaku di salah sebuah universiti yang berprestij seperti UTP? Mari sama-sama renungkan.



Rata-rata pelajar di UTP mempunyai keputusan akademik yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan mereka adalah yang terbaik di dalam negara. Mereka juga tidak kurang hebatnya dalam aktiviti kurikulum. Ada yang pernah menjadi Headboy, Wakil Negeri dalam pelbagai aktiviti sukan dan pelbagai lagi. Sepatutnya universiti ini perlu maju kehadapan dan menempatkan UTP setaraf universiti lain yang hebat di mata dunia contohnya MIT, Oxford, Harvard dan sebagainya.



Namun hingga kini persaingan tersebut tidak dapat dilihat. Sebuah universiti yang hebat pada hemat saya bukan sahaja hebat dari sudut akademik malah minda kelas pertama perlu dibentuk dikalangan mahasiswa. Kita seringkali dianjurkan dengan slogan Mahasiswa Pemimpin Masa Hadapan, tetapi akhirnya kita tenggelam dalam slogan tersebut. Ambil sahaja statistic pelajar yang keluar mengundi untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar pada 2008/09, hanya 35 peratus yang turun mengundi.



Mengapakah perkara ini berlaku?



Penjajahan minda secara halus seperti jarum yang telah menusuk dalam ke otak mahasiswa. Mereka lebih cenderung kepada hiburan dan permainan yang membazirkan masa dari membincangkan isu-isu semasa kala ini. Kehadiran pelajar ke Euphonious (Battle of The Band) dan FESCO(Karnival Tari Menari) sangat menggalakkan sehingga penuh satu dewan. Tetapi bila dianjurkan forum ilmiah TANPA BAYARAN untuk membetulkan semula jati diri mereka, berat sungguh hati untuk melangkah. Bila diugut berkenaan biasiswa barulah satu dewan dipenuhkan.



Inilah keadaan mahasiswa kini. Jati diri sudah luntur tetapi masih tidak sedar untuk bangkit. Justeru, pihak yang sedar mengenai isu ini perlu memainkan peranan secara terus menerus tanpa putus asa kerana persoalan ini mempunyai dua kemungkinan sahaja, samada kita rela untuk melihat pemimpin kita pada masa akan datang dalam keadaan sedemikian atau kita sendiri merubahnya..

1 comments:

boleh re - post balik ni...

Post a Comment