Custom Search

Boikot KFC & McD

Boikot KFC & McD : Memperkasa Ekonomi Ummah

Bukan calang-calang kempen memboikot produk US dan pro-Zionis kali ini. Jika dulu kempen memboikot ini disambut dingin, namun kini umat bisa bersatu hati bersatu suara, untuk menzahirkan soladaritas buat saudara seiman di Palestin.


Namun, yang tetap menjadi perbahasan ialah keberkesanan serta efek sampingan bilamana umat “berpatah arang berkerat rotan” dengan produk gergasa sang pemonopoli industri makanan dunia; siapa lagi jika bukan KFC serta McD. Di satu segi, sambil hakikat kebenaran tetap harus kita akui, betapa restoran tersohor dan mendunia itu benar-benar turut menyumbang terhadap ekonomi umat, seperti membantu perniagaan para penternak ayam, memberikan peluang pekerjaan buat anak-anak muda menjadi pelayan restoran, selain sumbangan-sumbangan kemasyarakatan yang tidak bisa kita lupakan, namun hakikat ekonomi US turut menyumbang kepada penyembelihan rakyat Palestin, tidak harus kita lupakan begitu sahaja. Begitu orang membuat bising akan bakal hilangnya “periuk nasi” sebahagian besar pengusaha Islam di negara kita, usahlah kita lupa janji yang telah diutarakan oleh ALLAH ketika menyikapi kes yang hampir sama:-


“Wahai orang beriman, sesungguhnya orang-orang Musyrik itu Najis, maka janganlah mereka dibenarkan menghampiri Masjidil haram setelah tahun ini…”


Bukankah melarang orang Musyrik meneruskan lumrah haji mereka tahun ke tahun di Baitullah, bakal menghancurkan ekonomi umat yang selama ini bergantung kepada mereka sebagai para pelanggannya, selain mencipta reputasi “barbaric”nya umat Islam? Lantas ALLAH menjawab keresahan ini:-


“..jika kamu takut miskin, maka kelak ALLAH akan mengkayakan kamu daripada kurnianya…” (Surah at-Taubah [9]:28 )


Nah, sudahkah kalian lupa akan janji ALLAH? Atau, apakah kalian kini meragui jaminan ALLAH?


Namun, menyikapi “syariatullah” (janji Tuhan ini) tidak harus melupakan kita pada “sunnatullah” (hukum alam). Lantas, persediaan dan persiapan ke arah itu: menyediakan alternatif kepada umat begitu hancurnya kelak kekuatan ekonomi KFC dan McD, harus menjadi agenda penitik-beratan kita bersama.


Saya mencadangkan, semua di antara kita yang benar-benar serius untuk memboikot KFC dan McD ini, menginfakkan secara bulanan RM10 misalnya kepada tabung yang kelak menjadi dana buat digunakan untuk menawarkan buat usahawan-usahawan bumiputra untuk membuka rangkaian francais makanan segera semisal KFC. barangkali cabaran terbesar yang dihadapi para pengusaha kita selama ini, ialah kekurangan dana. Nah, dengan diperkasakan dana, mudah-mudahan lebih ramai usahawan kita bisa membuka rangkain restoran “Radix Fried Chicken” misalnya atau “marrybrown” atau “FC PKNS shah alam” di tempat-tempat lain, sekaligus memberikan alternatif kepada umat untuk menjamah selera, mengembalikan ekonomi para penternak ayam, selain menawarkan kembali peluang pekerjaan kepada rakyat jelata.


Siapa tahu, bahkan boikot restoran US serta kekuatan dana ini, memungkin kita pula yang membeli saham KFC dan McD, sehingga keduanya kemudian tidak lagi menjadi restoran bermuara US, sebaliknya menjadi hak milik orang Islam.


dipetik dari: faridul wordpress


Sindrom Takut Boikot KFC

Sudah banyak kedengaran apabila seruan boikot kedengaran, kedengaran pula suara sumbang supaya jangan boikot KFC kerana ia milik bumiputera.

Ramai yang tidak faham konsep boikot.
Kita bukan mahu pembekal ayam itu sengsara.

Kalau orang tak makan KFC, orang yang makan ayam akan makan ayam di tempat lain.

Permintaan terhadap ayam tidak berubah, melainkan kalau Husam Musa dan Hasbullah Pit yang pro kambing membuat kempen "Gantikan Ayam Goreng dengan Kambing Goreng".

Sekiranya boikot KFC berlaku, pembekal ayam lain yang mendapat lebih jualan, pembekal KFC akan merosot jualan.

Itu adat berniaga turun naik.

Jadi Pembekal Ayam kepada KFC lah yang patut persoalkan, "kenapa kau masih guna nama KFC. Tamatkan sahajalah perjanjian francais dengan KFC Amerika, demi periuk nasimu dan para pekerjamu (dan periuk nasiku)."

Pekerja KFC pun perlu beritahu kepada majikan, "kenapa kau masih guna nama KFC. Tamatkan sahajalah perjanjian francais dengan KFC Amerika, demi periuk nasimu dan para pembekalmu (dan periuk nasiku)."


KFC Malaysia bukan tak mampu buat rangkaian Kedai Ayam Goreng terbesar di Malaysia dengan nama sendiri.
sebagai contoh "AyGor". (Singakatan bagi Ayam Goreng)



Kalau dulu nama KFC itu diagungkan, kini Jenama KFC menjadi busuk. Apa yang seronoknya guna nama Inggeris, dan model Mat Salleh Tua itu.

Raddix FC pun satu, terikut KFC, guna nama Inggeris. Apa salahnya guna Ayam Goreng Raddix.
AGR.

Kalau kopi boleh pula dia guna "Kopi Raddix" tetapi untuk ayam, kena guna nama Inggeris.

Agaknya orang kampung masih belum boleh membezakan antara "Ayam Goreng" dengan "Fried Chicken".

Akan tetapi saya yakin Raddix mampu memaklumkan kepada pelanggannya bahawa "Ayam" adalah "Chicken" yang sama dan bukannya unta.

KFC kini hanya perlu melakukan satu sahaja langkah untuk merealisasikan bahawa Malaysia boikot KFC iaitu dengan menolak jenamanya dan menggunakan Jenama sendiri dalam bahasa sendiri.


dipetik dari: Hasbullah Pit Blogspot