Custom Search

11 pesanan Luqmanul Hakim untuk kita

Pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya ini ada dinukilkan oleh Allah di dalam surah yang ke- 31 bernama 'Surah Luqman'. Surah ini memberi pesanan berguna kepada kita dalam mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Suatu ketika, Luqmanul Hakim telah berpesan kepada anak-anaknya. Kata sahabat Nabi yang alim dan bijak berfalsafah itu.......


1. Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai yang telah karam di dalamnya. Jika engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah.

2. Wahai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat serta taat kepada Allah, maka dia itu orang yang tawaduk, lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat.

3. Wahai anakku, seandainya ibu bapa kamu marah kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marah mereka itu adalah bagaikan baja untuk tanam-tanaman.

4. Wahai anakku, ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah daripada mengajar orang yang tidak mahu diajar.

5. Wahai anakku, apabila engkau mempunyai 2 pilihan, menziarahi orang mati atau hadir ke majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati kerana ia akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat sedangkan hadir ke majlis perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi

6. Wahai anakku, janganlah kamu menelan sahaja kerana manisnya sesuatu makanan dan janganlah memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu makanan itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

7. Wahai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak mengamalkannya, kerana ia tidak ubah seperti orang yang mencari kayu bakar, tetapi setelah banyak, dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih mahu menambahnya.

8. Wahai anakku, bila mana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkanmu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Jika tidak sedemikian, maka berhati-hatilah.

9. Wahai anakku, bila engkau berteman tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

10. Wahai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata-kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya, bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

11. Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya, jangan engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka

Read More......

Apakah wajar Harakah dan Suara Keadilan digantung permit selama 3 bulan?

Media merupakan suatu alat yang digunakan oleh mana-mana pihak dalam rangka untuk menyebarkan maklumat atau mempromosi sesuatu produk yang ingin diperkenalkan.

Dalam konteks Politik atau Siasah, media adalah suatu platform untuk menyebarkan propaganda yang dibawa oleh sesebuah parti politik. Tidak mungkin semua boleh berpuas hati dengan agenda-agenda yang direncana dalam media eg. akhbar yang dimiliki oleh sesebuah parti politik. Parti A mungkin tidak berpuas hati dengan akhbar milik Parti B dan begitu juga sebaliknya.


Dalam konteks demokrasi di negara ini, sepatutnya kebebasan media perlu diberi kepada parti-parti politik. Bukan untuk menyebelahi mana-mana parti politik, tetapi media-media elektronik dan cetak telah digunapakai secara meluas oleh kerajaan demi menjaga kepentingan politik mereka. Sebut sahaja Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM dan banyak lagi yang dikuasai oleh kerajaan dan tatkala ini, berita-berita yang dibawa memang menjurus kepada kepentingan mereka sendiri. Sebagai mengambil contoh, tiada satu pun media yang disebut diatas menerangkan tentang kemajuan dan perubahan yang di bawa oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat selepas PRU 12 pada 8 Mac 08. Justeru, PR terpaksa berhempas pulas menyediakan media alternative dengan lidahnya iaitu Harakah, Suara Keadilan (sekadara menyebut beberapa sahaja) untuk memberi maklumat kepada rakyat.

Adalah suatu persepsi yang jumud jika dikatakan Harakah dan Suara Keadilan mengada-adakan cerita, menyebarkan fitnah yang boleh membahayakan negara lalu ditahan permit untuk pengedaran akhbar tersebut. Ia juga boleh diertikan sebagai salahguna kuasa yang ada pada kerajaan. Ini berpunca oleh ketidakpuashatian sesetengah piihak terhadap parti politik yang lain. Jika begitu, pasti sahaja semua media di Malaysia diharamkan seperti Utusan, Berita Harian, TV3 dan lain-lain kerana tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Kita rakyat Malaysia perlu berfikiran terbuka dan menanggap persaingan politik adalah suatu benda yang sihat ke arah kemajuan negara dan tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menjahanamkan parti politik yang lain lebih-lebih lagi dalam suasana PRK di 3 buah tempat.

Namun, fenomena pergantungan akhbar alternatif ini sudah lama berlaku dan tidak menjejaskan rakyat yang terbuka mindanya untuk mencari maklumat yang betul, tepat dan benar. Langkah pergantungan akhbar ini bukan sahaja memburukkan lagi imej kerajaan di mata rakyat malah ia satu perbuatan sia-sia kerana banyak lagi sumber alternatif lain yang boleh didapati. Seperti cuba menghalang air daripada mengalir, walau sebanyak mana halangan yang diletak, air itu tetap mencari jalan untuk mengalir

Read More......

11 jenis manusia didoa malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah salah satu rukun iman. Malaikat adalah makhluk Allah yang sangat taat kepada perintah Allah dan melaksanakan semua perintah tanpa banyak soal. Untuk pengetahuan semua ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan daripda makhluk Allah mulia yang bernama malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga doa para malaikat yang tidak putus-putus memohon rahmat daripada Allah ke atas manusia yang didoakannya.


Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Usahlah ragu-ragu dan bimbang malaikat tidak akan mendoakan kita kerana malaikat tidak pernah derhaka kepada Allah. Apa yang perlu kita bimbang adalah kita tidak berusaha untuk mendapat doa malaikat

Oringinal source from:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090320100227/Article/indexv_html

Read More......

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Kalau tengok tajuk semua orang akan cakap benda ni dah lame, budak-budak, xde benda lain nk bincangkan atau ape-ape saja tapi ramai tidak sedar atau buat-buat tidak sedar tentang kepentingan solat. Ada yang menangguhkan solat, solat x cukup lima, solat time sihat saje ataupun x solat trus. Kalau ada yg masih melakukan sedemikian sila tekan link "Read More" untuk artikel balasan org meninggalkan solat yg dipetik drpda http://teladan98.tripod.com/teladan61.htm


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Ni contoh iklan yg baik, tngh maen game pn ingat kat tuhan


Read More......

Sambut Maulidur Rasul tanpa memusuhi sunnahnya

Hari ini dan juga pada tahun-tahun berlalu, Umat Islam tidak melepaskan peluang menyambut ketibaan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., atau lebih dikenali dengan Maulidur Rasul.

Sesungguhnya Maulidur Rasul adalah salah satu komponen daripada Sirah Nabi Muhammad s.a.w., begitu juga dengan persoalan Hijrah baginda Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah, Israk Mikraj dan lain-lain. Apa yang perlu kita tahu, Sirah Nabi seperti yang dijelaskan oleh para ulama� sirah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal. Matlamat mempraktikkan Islam secara menyeluruh tidak akan tercapai melainkan kita merujuk kepada sirah baginda Rasulullah s.a.w. dalam segenap aspek
.

Orang yang paling ketara menyatakan kegembiraan dengan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. ialah bapa saudaranya iaitu Abu Lahab. Pembesar Quraisy itu sanggup memerdekakan hamba sahayanya kerana ingin menyatakan kepada umum bahawa dialah manusia yang paling gembira.

Tidak cukup sekadar itu, Abu Lahab bertawaf mengeliling Kaabah sebanyak tujuh kali.

Apa sebenarnya telah terjadi pada Abu Lahab setelah anak saudaranya itu membawa satu ajaran serta pendekatan yang lain dari apa yang dilakukan oleh masyarakat Makkah ketika itu? Dialah manusia yang mula menunjukkan sikap penentangan secara terbuka kerana mendakwa apa yang dibawa oleh Muhammad itu adalah karut belaka, menyalahi amalan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka sejak bertahun lamanya.

Persoalannya di sini, adakah Allah SWT menerima pengorbanan Abu Lahab dengan hanya menyambut kelahiran baginda Rasulullah s.a.w.? Jawabnya sudah tentu tidak. Allah tidak melihat kepada aspek sambutan itu, tetapi Dia melihat kepada amalan, cara hidup, pegangan serta akidah umat ini yang selari dengan ajaran yang dibawa oleh baginda, walaupun baginda sudah lama meninggalkan kita.

Sehubungan itu Nabi bersabda yang bermaksud: �Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali).�

pentingkan aspek luaran

Apa yang dapat kita saksikan masyarakat umat Islam hari ini, lebih mementingkan aspek luaran sahaja dalam bab agama seperti sambutan Maulidur Rasul (tidak salah menyambutnya selagi menepati selera agama), tetapi pengisian rohaninya dari apa yang baginda ajarkan kepada kita tidak dilakukan dengan sebaik-baiknya, malah kosong dengan roh penghayatan.

Justeru, ingatlah kepada pesanan baginda yang menjadi inspirasi kejayaan kita di dunia dan akhirat: �Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, maka hendaklah dia berilmu, jika dia mahukan kejayaan di akhirat, maka dia hendaklah juga berilmu, dan jika dia mahukan kejayaan (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia berilmu.�

Renungkanlah kata-kata hikmat baginda Rasulullah s.a.w seperti yang dijelaskan di atas, yang akan memacu kita semua ke jalan kejayaan sebenar, tidak ada jalan lain, melainkan kitalah yang menjadi pelapis kepada Islam pada masa akan datang, Insya Allah.

Sambutan Maulidur Rasul dan persoalannya

Para ulama� kontemporari tidak menolak keharusan menyambut Maulidur Rasul, kerana mungkin sahaja itu boleh dianggap sebahagian dari kecintaan kita kepada baginda, dan kita jadikan kecintaan itu juga adalah kecintaan kepada Allah SWT.

Walaupun pada zaman kehidupan baginda sendiri tidak pernah menyambutnya, begitulah pada zaman para sahabat, tabi�in dan generasi selepas mereka yang berada pada zaman keemasan Islam.

Mereka berpendapat, bahawa selagi mana sambutan Maulidur Rasul itu boleh menyedarkan manusia dengan pengajaran agama serta menghayati keperibadaan baginda s.a.w., maka selagi itulah ia diterima sebagai salah satu pendekatan yang baik menurut Islam.

Apa yang penting, dalam sambutan itu melalui penyampaian kuliah, ceramah atau forum, mengajak kaum muslimin untuk mencintai baginda dalam segenap apa yang dibawa walaupun hati kecil kita kadang-kadang sukar untuk menerimanya.

Kita juga adalah disaran untuk mengetahui cara-cara untuk mentaati perintah Rasul, mengikut segala arahan dan meninggalkan segala tegahannya, melaksanakan hukum-hakam yang diajarkannya, memperjuang dan memperkasa syariatnya, menyeru orang ramai ke jalan dakwahnya, memperbanyak selawat ke atasnya dan mencintai ahli keluarganya.

Kesemua aspek di atas tidak akan sampai kepada matlamatnya melainkan dengan adanya penjelasan melalui kuliah dan ceramah agama. Maka sambutan seumpama itu amat digalakkan oleh Islam kerana membawa manusia membesarkan keperibadian Rasulullah s.a.w., manusia yang agung di sisi Allah SWT.

Apatah lagi di zaman mutakhir ini, di mana ramai di kalangan umat Islam sudah tidak lagi berbangga dengan akhlak-akhlak yang pernah ditonjolkan oleh para generasi awal di kalangan para sahabat, tabi�in dan tokoh-tokoh ilmuwan Islam, akhirnya tidak memandu mereka ke jalan kebenaran, seolah-olah mereka masih mahu berada dalam kegelapan dan kejahilan, maka berlakulah kegencutan dalam masyarakat.

perancangan hebat Allah SWT

Sesungguhnya Maulidur Rasul dengan lahirnya Muhammad bin Abdullah bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah perancangan hebat daripada Allah Yang Maha Hebat. Ini kerana bayi yang bernama Muhammad ialah dari kedua-dua ibu bapa yang salih, kenapa tidak?

Allah SWT telah memilih ibunya Aminah dari seorang anak gadis yang suci bersih dari sebarang sifat negatif; ketika ramai di kalangan anak-anak gadis ketika itu terlibat dalam tindakan songsang umpama GRO pada hari ini. Begitulah ayahandanya Abdullah; seorang remaja lelaki yang tidak pernah walau sekalipun menyembah berhala, berjudi, minum arak, berfoya-foya. Ini menunjukkan bahawa pasangan Aminah dan Abdullah adalah pilihan Allah bagi mendapatkan zuriat yang salih.

Contoh teladan baik lagi positif yang ada pada diri baginda Rasulullah telah bermula sejak pemilihan perkahwinan kedua-dua ibu dan bapanya yang dirancang khusus oleh Allah SWT. Allah mahukan apa yang terbit dari diri baginda adalah contoh teladan yang baik lagi mulia.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul perlu disambut dengan penyampaian kefahaman Sirah Nabi agar masyarakat dipandu ke arah kesempurnaan hidup. Dalam erti kata, apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan kefahaman yang betul dan bukannya atas dasar ikut-ikutan. Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini lebih sebagai amalan adat dan bukan ibadat.

Apabila peranan ini dapat dilaksanakan lebih dua atau tiga puluh tahun dahulu, maka generasi yang ada pada hari ini adalah generasi khaira ummah yang mampu melaksanakan segala hukum al-Quran dengan semangat sejarah kelahiran Rasulullah atau lebih tepat lagi dengan Maulidur Rasul.

Sumber daripada: http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?

 

Read More......